Ukraine Lancar Serangan Besar-Besaran Menggunakan 660 Drone Ke Atas Rusia
Ukraine melancarkan serangan besar menggunakan 660 dron yang menyasarkan 12 wilayah di Rusia. Pihak Rusia memaklumkan kebanyakan dron berjaya dipintas oleh sistem pertahanan udara dan tiada korban jiwa dilaporka
Perang antara Rusia dan Ukraine kini memasuki hari ke-1,583 dengan Ukraine melancarkan satu daripada serangan dron terbesar ke atas Rusia. Insiden tersebut menarik perhatian masyarakat antarabangsa.
Konflik yang berlarutan telah mengorbankan ribuan nyawa. Ukraine terus menerima bantuan ketenteraan, termasuk senjata, daripada Amerika Syarikat dan beberapa negara Eropah. Walaupun usaha damai pernah dilakukan oleh Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, peperangan masih berterusan.
Dalam perkembangan terbaru, Ukraine dilaporkan melancarkan sebanyak 660 dron yang menyasarkan 12 wilayah di Rusia dalam satu operasi berskala besar.
Menurut pihak berkuasa Rusia, kebanyakan dron tersebut berjaya dipintas dan ditembak jatuh oleh sistem pertahanan udara negara itu. Rusia turut memaklumkan bahawa tiada kematian atau kerosakan besar dilaporkan akibat serangan tersebut.
Serangan ini dijangka meningkatkan lagi ketegangan antara kedua-dua negara yang telah berperang sejak beberapa tahun lalu.

0 Comments
No comments yet. Be the first to comment.